13 Tanda Awal Anda Perlu Tinggalkan Ofis Seketika Sebelum Anda 'Burnout' Sepenuhnya
Apakah yang akan anda lakukan apabila anda rasa bosan dan tertekan dengan kerja anda sekarang? Setiap kali menjejakkan kaki ke tempat kerja, seolah-olah seperti anda rasa digari dan dipenjara.
Berhenti kerja dan cari kerja lain?
Menurut beberapa kajian bersiri yang dilakukan oleh HBR, seseorang akan menunjukkan tanda awal untuk beliau mengambil tindakan berhenti kerja.
Salah satu tingkah laku atau tanda awal yang dikenalpasti adalah anda mula tidak menitikberat tentang penampilan anda ditempat kerja. Baju kedut tidak bergosok, miss-matched outfit adalah contoh-contoh yang ketara.
Ringkasan dari kajian tersebut, di bawah adalah 13 tanda awal yang menunjukkan anda hampir burnout dan mungkin membuat keputusan untuk berhenti kerja.
#13 Anda menunjukkan minat yang kurang apabila melayan pelanggan berbanding sebelumnya.
#12 Anda hilang keterujaan terhadap misi syarikat
#11 Anda pulang kerja lebih awal berbanding sebelumnya
#10 Anda menyuarakan ketidakpuashatian kepada pengurus/supervisor dengan kadar yang lebih kerap berbanding sebelumnya
#9 Anda menyuarakan ketidakpuashatian dengan kerja sedia ada lebih kerap berbanding sebelumnya
#8 Anda mempamerkan fokus yang lebih rendah terhadap tugasan berbanding sebelum ini
#7 Anda menunjukkan kadar usaha yang rendah serta tahap motivasi yang lebih rendah
#6 Anda mempamerkan perubahan sikap yang negatif
#5 Anda tidak lagi mahu terikat dengan tugasan yang bersifat jangka masa panjang berbanding sebelum ini
#4 Anda kurang berminat untuk memuaskan pengurus/supervisor mereka berbanding sebelum ini
#3 Anda melaksanakan tugasan pada tahap ala kadar (minimum) dengan lebih kerap berbanding sebelum ini
#2 Anda tidak lagi menunjukkan kerjasama berpasukan seperti sebelumnya
#1 Produktiviti anda menurun lebih dari biasa.
Apabila anda rasa anda mengalami masalah ini, cuba ambil masa untuk bercuti tanpa sebarang gangguan dari tempat kerja. Lebih baik sekiranya anda dapat buat setiap 2 atau 3 bulan.
Pesanan: Solve the real problem. Do quit if quit itself is the real problem.
No comments: